Tomyam begitu popular dikalangan masyarakat Malaysia sekarang, rasanya yang cukup sempurna membuatkan rata-rata kedai makan menghidangkan tomyam sebagai resepi utama. Namun adakah rasanya lebih sedap dibandingkan dengan masakan sendiri.
Jom kita cuba di rumah…
Bahan-Bahannya.
200 Gram Daging
2 Ketul isi ayam (bahagian kepak)
10 Ekor Udang
5 Ekor Sotong
2 Biji bawang besar
2 Biji lobak merah
Sedikit Bunga Kobis
5 Biji Jagung muda yang diambil isinya sahaja
10 Tangkai cili padi
Sedikit Cendawan
2 Biji limau nipis
3 Tangkai serai
3 Biji tomato.
5 Tangkai daun limau purut
4 Sudu Perencah Tomyam
Cara Memasak:
Rebus daging terlebih dahulu
Masukkan Serai dan ayam yang dipotong halus rebus sehingga empuk
Masukkan perencah tomyam dan bawang besar
Masukkan sayur satu persatu bermula dari lobak merah,bunga kobis,jagung dan cili padi yang ditumbuk sedikit.
Masukkan daun limau purut.
Kemudian masukkan sotong diikuti dengan Udang.
Masukkan Cendawan dan air tapisan limau nipis serta garam secukup rasa.
Biarkan mendidih.
Masukkan tomato dan sedia dihidangkan.
Tips memasak tomyam:
Bahan-bahan perlu dimasukkan satu demi persatu bukan sekali gus.

Admin..
Nanti sediakan resipi utk makanan eksotik pula yea.
Seperti Sup Sirip Yu dan Sup Tapak Kaki Beruang. Tq
wow… blog resepi… hahaha… sila update lagi ye..
moga blog ni jadi pilihan cik adik aku.. thanks~
Note: Bookmarked!
@Kreuger, Tengkiu, tengkiu for visiting and bookmarked. Blog baru lagi ni, akan sentiasa update (kalau tak malas, haha)…