Resepi Mee Bandung Muar

Ketika berjalan-jalan ketika cuti Chinese New Year, kami membuat keputusan untuk pergi ke Bandar Muar untuk menikmati Mee bandung Muar yang terkenal diseluruh Malaysia tetapi kedai tutup. Akibat tidak berpuas hati, terpaksalah masak sendiri.

Bahan -bahan:

500 gram mee kuning (sebenarnya ikut selera )

10 tangkai cili kering (boleh ditambah jika mahu lebih pedas)

5 ulas bawang puting

5 ulas bawang merah

2 ulas bawang besar

50 gram udang kering (direndam dan ditumbuk halus)

100 gram udang biasa

200 gram tulang lembu (direbus, air rebusan juga digunakan sebagai kuah )

100 gram sawi (dipotong sekitar 1 inci )

garam dan gula secukup rasa

minyan untuk menumis

Cara Memasak:

Kisar cili kering, bawang dan udang kering sehingga halus.

Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau .

Masukkan tulang lembu beserta air rebusan. Birakan sehingga mendidih.

Kemudian masukkan sawi dan udang tadi.

Tambahkan gula dan garam secukup rasa.

Boleh ditambah dengan telur untuk setiap pinggan hidangan.

Hidangkan ketika mashi panas dan elakkan masukkan mee kuning ke dalam kuah secara terus bagi mengelakkan mee tadi kembang. Mari kita makan!

Artikel Berkaitan


This entry was posted in Artikel Utama, Resepi dan Masakan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Resepi Mee Bandung Muar

  1. avatar Sha says:

    Pohon gambar mee bandung digunakan untuk laman web saya dan saya akan letakkan url anda di laman web saya. Terima kasih.

  2. Try pula mee bandung kuah kacang @ batu pahat :0

  3. avatar slimdiet2 says:

    cam best je nih.bleh soh orang umah saya try resepi nih
    .-= slimdiet2´s last blog ..TELAH BANYAK KAJIAN MENGENAI KOLOSTRUM DILAKUKAN =-.

  4. avatar fik says:

    salam..
    kepada sesiapa yg asyik sibuk bekerja boleh cuba Pes mee bandung asli Muar keluaran HPA Industries…sangat sedap. Boleh dapatkan di
    http://www.hpa4online.com/?id=muslimproduk

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge