Pelancaran Laman Forum Anjung Web

Hari ni, Anjung Web secara rasminya melancarkan laman forumnya tersendiri berasaskan phpBB. Laman forum ini telahpun dipasang awal bagi memastikan tiada masalah dari segi teknikal terhadap laman tersebut.

Laman tersebut boleh diakses melalui alamat berikut : http://forum.anjungweb.com atau menu tab diatas.

Antara tujuan utama laman forum ini dibangunkan ialah membina ruang untuk berkongsi maklumat lebih-lebih lagi pada era teknologi dimana informasi berkembang pantas. Ruangan ini juga sebagai platform soal jawab bagi perisian, perkakasan, serta lain-lain bidang komputer.  Ini juga termasuk pihak Anjung Web kerana kami juga berharap dapat menambah ilmu, praktis dan berkongsi ilmu tersebut. Selain itu, laman forum juga dapat membantu bertukar-tukar pendapat, seterusnya menjana idea baru yang lebih baik. Ia juga membuka ruang yang lebih lebar untuk mengenali ramai kawan, atau sebaliknya.

Pemilihan phpBB adalah kerana berdasarkan fungsi-fungsinya yang hebat dan berasaskan sumber terbuka. Ia juga mempunyai konfigurasi serta pengendalian yang mudah. Sumber rujukan bagi phpBB amat senang didapati di internet kerana ia dikongsi umum akibat dari pembangunannya yang bersifat sumber terbuka tadi.

Diharapkan laman forum ini membantu berkongsi ilmu dan memberikan banyak manafaat kepada semua termasuk pihak Anjung Web sendiri. Selamat Mendaftar !

Artikel Berkaitan


avatar

About Editor

Artikel yang ditulis disini bolehlah diambil untuk manafaat umum tetapi perlu membuat pautan kembali kepada laman blog ini. Tiada kos diperlukan untuk anda membina link tersebut bukan?
This entry was posted in Artikel Utama, Informasi Semasa, Editorial and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge